Monday, May 20, 2013

upu


haip.

setelah sekian lama menikmati study break, almost 5 months tak silap dan aku akan kembali menyambung pembelajaran.

ok. alhamdulillah, aku dapat first choice aku iaitu asasi sains kemanusiaan walhal sebelum ni gua nak law tapi sebab tak layak kan ( english aku b+ je) lagipun law tu tough gila la kan. kena pandai debate sana sini. jadi ada hikmahnya.

ok so far, in sha Allah aku akan pergi. aku dah cancel form 6 masa first day daftar sebab aku tak suka.
bukan nak kata form 6 tak bagus sejujurnya memang bagus mungkin cuma aku yang bermasalah.

harharhar, dan aku juga ada pengalaman baru iaitu temuduga IPG (cikgu) ambik kau, pengalaman pertama nervousnya memang tak perlu diucapkan lah. macam-macam rasa ada, tapi tak rasa awkward sangat sebab classmate aku dapat course sama (sejarah ftw) sama bilik, sama masa lagi. hahahaha.

lepas tu dapat pulak UPU. Memang happy la, tapi rasa kosong. padahal dapat first choice dapat apa yang aku nak. mungkin sebab berjauhan dengan keluarga kot?

nanti belajar dekat cfs pj. pj dengan kuantan? takde lah jauh tapi still jauh. well aku tak pernah lagi jejak pj before ( jakun) so aku tak tahu nak expect apa. aku kira calendar maybe balik ghumah sebelum raya je kot. and macam mana aku nak balik rumah aku tak tau. well aku taktahu apa-apa pasal selangor, pj dan seangkatan dengannya. lrt bagai ><

dah la dapat tempat belajar dekat bandar. btw classmates aku (info from fazila) ada jugak yang dapat upu. mimi (uitm machang) ayu (uitm jengka) (fazila uitm sri iskandar) edora (uitm perak sri iskandar la kot) nadhirah (unisza -confirm tak gi sebab stay form 6 ) yang lain tak kot. entah la, aku tak tahu sangat sebab aku sekarang pun kat kuantan. jadi faham2 sendiri lah.

dan aku akan keseorangan di uia nanti. tapi bila bagitau dirah dia cakap ' alah mati pun sorang jadi nak takut buat apa' aku agak bersetuju la dengan pendapat dia tu. tapi aku ni jenis yang susah nak buat kawan, malu and introvert.duh. banyak masalah pulak.

pasal ipg tu, rata-rata classmate aku nak keluar u kalau dapat ipg. aku tak tahu lah, masa interview hari tu pun macam apa ntah tak menonjol sangat. so ipg tu basically impian mak n ayah aku. tapi lepas dapat uia diaorang support aku. aku nak belajar betul-betul biar dapat balas budi ma n abah yang selama
ni banyak berkorban untuk aku walaupun susah macam mana.

tapi anyway, asasi life mesti tough gila. kena belajar arabic bagai. dan masa taaruf week (orientasi) dah ada exam yang nak menentukan berapa tahun kita kat bumi pj tu ha. aku harap nak setahun setengah tu tapi kalau dah english macam apa ntah maybe 2 years kot. tapi yang one yr programme memang tak la sebab siapa yg ambik arab je memang kemnugkinan besar dapat.

so korang, doakan aku, supaya dapat 4 flat every sem. cewah. 

aku takut sebenarnya nak belajar kat pj tu.

No comments: