Sunday, July 7, 2013

new life cfs iium

It's been almost a month I have been here. And I got level 5 for my english. And level 1 for ara bic. Haha dah la dapat kelas tilawah. All is good for now. Kecuali lah my perasaan. Kalau sebelum ni tak sabar2 nak pergi belajar tapi sekarang serius macam. Nak balik. Masa orientasi boleh dikatakan la tiap malam nangis. Sekarang dah start kelas dah kurang aktiviti tu.

Dapat group Hs821. So kenal dengan ahli group je lah. Students hs yg lain tak kenal pun. Laki pun tak kenal. Hahah. Dalam group aku ada sorang je laki tu pun stock ustaz yang tak hensem. Wahahhaha jahat betul aku.

Tapi group english ada 3 orang laki. Tapi hmm not my taste. Ecehh macam la aku ni test diaorang. Jahat betul. Ngehngeh. Takpe tu group lama, esok masuk group baru. Oh my seramnya! Check dekat my english iium macam ramai je laki aka brothers. Oh kat sini lelaki panggil brothers ye so takde la jiwang sangat bunyinya panggil abang. Hahah. Macam classmates group arab n group hs aku. Diaorang kena tukar group gak. Semua brothers kecuali mereka enam orang. Dah la brothers tu budak engine. Ambik. Nak sangat.tengok brothers. Ehhhh mesti awkward. Wkwkkwkw.

Mintak2 kelas aku nanti seimbang. Emm aku dah jumpa crush kat sini. Crush je k. Boyfriend takde sebab aku ni comot takde sape nak pandang pun ;( susah jadi orang yang bukan chomels chomels ni. Sorang tu terjumpa masa Human sc societu annual grand meeting. Senior. Sec year student
.handsome. baju purple. Muka cam anak beranak khan skit. Ummm. Hehehe. Crush. Tpi tak pernah nampak dah lepas tu ><

Second one is classmate my roomate. Budak sekolah agama kat kedah. G library nampak roomte aku lepas tu dia tunjuk clssmates dia yg chomey berkemeja. Ya Allah. Comey. Sangat. Hm tadi g teman roomate bagi buku kat dia dekat dengan UKC. Umar al khattab college. Dekat je dengan KC. Khadijah college. College i ols. Depan padang je. Boleh nampak brothers bersukan.

Hahah. Eh lupa nak cite. I dapat kC. Level 6 out of 9. Nasib ada lif. Tak pernah guna lagi wachine machine tu basuh baju guna tangan je. Ya Allah sedihnya. G kelas pun sorang2 je. Rasa cam penyakit kurang confident or malu tak bertempat dah berkrangan bila duk sini sebab semua kena buat sendiri.


Ouh lagi satu tempat lepak wajib adalah mid valley. Hahah terjumpa ben bradshaw kat situ. Hhaha ada MPh so boleh tahan la. Takleh beli banyak barang nanti kebuluq.
Kat sini gak belajar pakai hand socks and socks. Tapi masa g pasar malam.redah je tak pakai. Minggu lepas mak guard jaga. Dia check socks. Tapi aku labuhkan kain. So lepas la hahhaah.

Kelas english ok. Kelas arab is freaking hard bagi aku. Habab need to memorze lots of things. Pening aku.

Ouh sem ni aku ambik 2 core course. Basic political sc and basic history. Subjects best. Hahaha.

Aku masuk karatedo tapi tak g first training.hahhaah

Eh lagi budak UM memang hensem ke hapeeeee. Nak sorang. Sedihnya takde boyf
 Wkwkwkwkkwkwkw

Kbai

Thursday, May 30, 2013

I'M GETTING MARRIED - TENGKU FAHD

YAM Tengku Fahd Muadzam Shah. Beliau adalah satu-satunya anak Sultan Ahmad Shah bersama Sultanah Kalsom. Beliau dilahirkan pada 10 Februari 1994. Umurnya sekarang 18 tahun lah kan.



Salam semua!! Yes, yes I'M GETTING MARIED!

Sebenarnya plan ni tak pernah terlintas dalam kepala saya, ye lah kawin muda ni semua because i'm not 18 yet still 17 y/o. Tapi bila difirkan balik why not? kawin dapat mengelakkan diri saya daripada maksiat. Tapi one thing that making me anxious, I WILL NOT HAVE ANY OTHER CRUSHES. Only fahd will be by my side until my last breath. 

Ok. Let me start the story.

How I met fahd? oh so no tengku now? why should i call him tengku? i can call him fahd, whatever i want because we're going to get married * flips pashmina* haha fahd if you're reading this, please don't laugh or anything. 

Kitaorang kenal melalui facebook. yes i should thank technology, he doesn't have twitter since he's busy studying in oxford. He's my namja of course... I added him then we talked a lot. From facebook to skype to phone. Awww, he's so sweet. Everytime he has times he would call me or just sending me a quick msg just to let me know that he still cares for me. Well i didnt expect much from him since he's a really busy man. 

Oh yes, he loves me and i love him too.. but i'm afraid of this marriage since he's from royalty family. ppl will thinks that i'm chasing him for money and im just trying to use him. well, that's not me. i'm chasing him for LOVE. ppl will never understands us. 

So here's my wedding preparations.

1. Akad nikah

Fahd decided to do it at masjid jaya gading, dekat dengan rumah saya so cepat lah siap.. we will go for white baju nikah. because he loves white color since its pure and kinda innocent. =p

2. Majlis

resepsi? there's gonna be two wedding receptions. in my side, we will held it at hyatt hotel, the jemputan is only for 300 peeps. yes kinda limited but it's somehow to make it private.. avoiding any unexpected incidents. mana tahu, fahd punya ex girlfriend tiba-tiba muncul and going to ruined everything? hehehe.

3. Honeymoon

this this. haven't decided. since fahd is still busy with his studies.. i don't want this. but my father in law kept asked me where im going to go.. haha fahd, so this is yours to handle. im out of those XD

4. House

fahd's daddy kept asking me to stay with them. near teluk chempedak. but fahd is being silent about this since he actually wanted to live abroad with me. we wanted a peaceful place like germany or any other european country since london is really boring. uh im having headache everytime i had think about that


anyway, i can't believe that im going to be somebody wife soon enough. having fahd by my side is really a pleasure. hahahah


btw, all these are going to happened in my dream! marrying a royalty? seriously? even a normal guy won't like me.

if i couldnt get royalty.. i want foreigner. like a really handsome and rich korean man who owns samsung company hahhaha. or whatsoever. hahaha. marrying normal korean man would be a burden ( have to do chores for mother in law, A BIG NO) hahaha marrying a mat saleh ( someone like ryan gosling.... adam levine..... omg! )

these craps are made by me. sorry fahd.




Monday, May 20, 2013

upu


haip.

setelah sekian lama menikmati study break, almost 5 months tak silap dan aku akan kembali menyambung pembelajaran.

ok. alhamdulillah, aku dapat first choice aku iaitu asasi sains kemanusiaan walhal sebelum ni gua nak law tapi sebab tak layak kan ( english aku b+ je) lagipun law tu tough gila la kan. kena pandai debate sana sini. jadi ada hikmahnya.

ok so far, in sha Allah aku akan pergi. aku dah cancel form 6 masa first day daftar sebab aku tak suka.
bukan nak kata form 6 tak bagus sejujurnya memang bagus mungkin cuma aku yang bermasalah.

harharhar, dan aku juga ada pengalaman baru iaitu temuduga IPG (cikgu) ambik kau, pengalaman pertama nervousnya memang tak perlu diucapkan lah. macam-macam rasa ada, tapi tak rasa awkward sangat sebab classmate aku dapat course sama (sejarah ftw) sama bilik, sama masa lagi. hahahaha.

lepas tu dapat pulak UPU. Memang happy la, tapi rasa kosong. padahal dapat first choice dapat apa yang aku nak. mungkin sebab berjauhan dengan keluarga kot?

nanti belajar dekat cfs pj. pj dengan kuantan? takde lah jauh tapi still jauh. well aku tak pernah lagi jejak pj before ( jakun) so aku tak tahu nak expect apa. aku kira calendar maybe balik ghumah sebelum raya je kot. and macam mana aku nak balik rumah aku tak tau. well aku taktahu apa-apa pasal selangor, pj dan seangkatan dengannya. lrt bagai ><

dah la dapat tempat belajar dekat bandar. btw classmates aku (info from fazila) ada jugak yang dapat upu. mimi (uitm machang) ayu (uitm jengka) (fazila uitm sri iskandar) edora (uitm perak sri iskandar la kot) nadhirah (unisza -confirm tak gi sebab stay form 6 ) yang lain tak kot. entah la, aku tak tahu sangat sebab aku sekarang pun kat kuantan. jadi faham2 sendiri lah.

dan aku akan keseorangan di uia nanti. tapi bila bagitau dirah dia cakap ' alah mati pun sorang jadi nak takut buat apa' aku agak bersetuju la dengan pendapat dia tu. tapi aku ni jenis yang susah nak buat kawan, malu and introvert.duh. banyak masalah pulak.

pasal ipg tu, rata-rata classmate aku nak keluar u kalau dapat ipg. aku tak tahu lah, masa interview hari tu pun macam apa ntah tak menonjol sangat. so ipg tu basically impian mak n ayah aku. tapi lepas dapat uia diaorang support aku. aku nak belajar betul-betul biar dapat balas budi ma n abah yang selama
ni banyak berkorban untuk aku walaupun susah macam mana.

tapi anyway, asasi life mesti tough gila. kena belajar arabic bagai. dan masa taaruf week (orientasi) dah ada exam yang nak menentukan berapa tahun kita kat bumi pj tu ha. aku harap nak setahun setengah tu tapi kalau dah english macam apa ntah maybe 2 years kot. tapi yang one yr programme memang tak la sebab siapa yg ambik arab je memang kemnugkinan besar dapat.

so korang, doakan aku, supaya dapat 4 flat every sem. cewah. 

aku takut sebenarnya nak belajar kat pj tu.

Monday, May 13, 2013

blank

Result spm dah keluar, lepas result keluar pening kepala nak isi apa semua. Apa course la sangat yang sesuai. Phewww done that phase. Kena tunggu result on this friday. UPU.

Sebenarnya aku memang berharap sangat nak first choice aku tu asasi human sc. Lepas tu kalau dapat nanti degree nak major in political science/psychology. 

Tapi kalau nanti aku tak dapat first choice tu nak buat macam mana. It is His plan. Dia tahu apa yang sesuai dengan aku.

By the way, before this i had a dilemma. Between sixth form or just waiting for UPU results. My mom didn't really like the idea of going to sixth form but I did go. But just for a day.

Sekarang saya tahu, just listen to your mum's then your life will we just fine. Bukan macam aku, pergi sehari then mintak cancel nama because of sekolah tu tak best. anyway that was not the school that i got. i got one in kelantan. so it was awkward. 

no one was really interested in me. no one would asked my name. lol. so i just decided to quit. and i did. i'm waiting for upu. if i didnt get into uni i would make a plead. or just going to 'poli'. school life sucks.


and on this wed, i got an interview for IPG. Sejarah (sk) I didnt prepare much.. 

Wednesday, February 6, 2013

I miss you harry

Ye, saya rindu awak. I miss you. Siapa awak tu? Ek, ni bukan pasal aku rindu siapa in fact aku takde siapa-siapa untuk dirindukan = =

Ni drama korea. Ye drama ni baru je habis tayang kat korea bulan 1 hari tu dan tv9 baru start tayang cerita ni dekat slot chamsarang. Wehuuu. Aku bukan nak cakap pasal tv9 ke apa. Sebelum tv9 tak tayang aku tak ambik peduli pun pasal drama ni. Ada ah bukak trailer kat youtube tapi malas nak tengok sebab tak minat.

Tapi bila tv9 tayang first episode aku macam DAMN. Kenapa tak tengok awal-awal, cerita ni best gila kot. Eh aku baru tengok episode 7 :P Tapi aku dah baca spoiler/ recap episode yang seterusnya sampai habis. I was like sedihnya. Start episode 6/7 camtu mata aku memang bengkak habis ah. Nangis je kerja. 

Sedih + + Baca summary pun boleh nangis beria-ria, ni kan pulak nak tengok cerita tu? So aku decided nak sambung tengok episode 8 esok. Kalau nak tunggu tv9 agak lambat nak tengok.

Micky? Eun hye? kisah cinta diaorang? aku tak peduli sangat. Tapi aku suka tengok part micky ngan mak lee soo yeon. Sweet gila, siap panggil mak soo yeon tu honey, lover. kekekeke. Memang menjadi,

Tapi my fav is Harry borrison aka hyung joon aka jun. HE IS REALLY SOMETHING. I cried a lot bila scenes dia. Aku  tertarik dengan watak dia ni masa dia kecil lagi aka masa dia start lari daripada han tae jun. Dengan kaki yang sakit berdarah kena gigit dengan anjing.. lari thru tingkap.. hidup tertekan dengan mak dia takde kat sisi, lepas tu masa dia bertegas dengan nurse tu nak bawa seo yoon dengan dia. tapi dia yang buat detective tu terbunuh - - 

Aku suka part tu. In fact, aku harapkan diaorang kekal bersama. Sampai bila-bila. but somehow he turned into some really creepy guy. he gets creppier day by day. 

Dah la dia yang bunuh orang. Tapi aku faham dia........ aku suka watak dia. tapi dengan 'cane' dia tu, menambahkan rasa simpati dalam diri aku. dah la masa episode yang dia larikan diri tu kena tembak dekat kaki tu jugak. dia menangis panggil eun hye.

OH PLS! Aku sedih sangat tengok dia....... 

aku tak pernah sangka yang aku akan menangis bila baca episode recap/summary. i mean, what? hehe.

aku memang akan sedih bila last2 harry/joon ni jadi gila n yet kena masuk penjara... the same thing happened last year masa ccerita stay with me my love, suk bin jadi gila and main ngan anak dia macam budak kecik. please la, it can't get any sadder than this.........


tapi aku geram dengan han jung woo kenapa pengecut sangat tinggalkan soo yeon, melarikan diri. semua.. i can't blame joon for behaving like that. hatred is filled in his heart. and dia cuma ada soo yeon masa dia membesar.. dia masih budak........ 

oh rasa nak nangis..... recap yang aku baca memnag detail habis....... haha
tapi tetap nak tengok ep 8 dan seterusnya walaupun rasa macam dh tengok sbbkan recap terlalu detail. heh.




k. tapi micky punya acting improved gila! rooftop prince tu best jugak dia berlakon but this time double best.  rooftop prince aku suka dia jadi maharaja <3333 abang="" div="" hensemng="" jerawat="" kat="" micky="" muka="" nbsp="" ni="" tu="" walaupun="">
- - hahaha


joon be by my side? pls

he wanted love. 

oh no, my eyes! 

HARRY BORRISON YOU HAVE MADE ME FALLEN FOR YOU. I NEVER THOUGHT THAT I'LL LOVE YOU MORE THAN HAN JUNG WOO.

WAE? WAE?

Masa awak kecik pun saya suka awak. masa rambut awak panjang sampai la awak potong rambut. sampai la awak pakai tongkat. sampai la awak suka stalk cctv. sampai la awak tak mengaku awak yang bunuh orang tu. sampai la awak buat macam soo yeon yang bunuh orang tu. sampai la awak akhirnya jadi gila lost..... I STILL LOVE YOUR CHARACTER. WAE? WAE?




am i crazy for fallen for you? i mean there's no such 'you' in my real life. ok maybe if tv9 tak siar cerita ni maybe i will still wonder who the heck is harry borrison? you are my dream guy, lepas dong wook dalam cerita scent of a woman, lepas rain dalam cerita a love to kill.

you're my type. tapi i know ppl like you will never exist in my real life. wae? i want you.

chin up baby~ kalau zoey taknak awak, saya ada. Saya tau awak suka soo yeon..nak dia cintakan awak.. kalaulah awak suruh dia balik france mesti perkara ni tak terjadi. BUT THIS IS DRAMA. 

kenapa la aku jadi 'gila' sangat dengan watak joon ni.. walaupun dia ada dark side.. kenapa aku tak tertarik dengan watak utama? sama gak macam cerita heartsrings, aku lebih suka tengok kang minhyuk = =
ahahaha. IM SUCH A WEIRDO~~



Btw, gonna finish watching it....... ahhhhhhhh shouldn't have read the recap.. sengsara jiwa. dah tahu ending, konflik segala ni = =

Wednesday, January 23, 2013

Taylor's University

Hey... zzz...
Before 2012 ended, I filled up Taylor's Entrance Scholarship 2013 using my trial result. And after a few days, they mailed me and informed that I got the scholarship. I was so speechless and didn't expect that. But anyway, I told my mum. And guess what? she said, jangan nak mengada-ngada pergi. hahahah

okayyyyyyy.. then buat tak tahu je lah. But semalam my adik kata, what if I can't get into public university~ meaning that I don't get any offer.. Mesti menyesal punya and i thought of the same way as her. 

damn me.

But kalau terima the offer, campus dia dekat lakeside campus.. and i must to get at least 5A's in my actual result but I think I can get that~ but if i didn't get that i must pay all the fees~ hahahaha kalau tak maintain cgpa lagi during foundation year and degree. 

Anyway. i'm hoping to get at least like my trial result for SPM ... and get into public university and doing foundation or diploma. as long as I get the place and I'm ok :)


and here's the mail that they sent to me. and goobye taylor's university

jajajajjaa........................ 

Friday, January 11, 2013

Kenangan (cerpen)

Oh ok. Aku tak tahu apa yang aku tiba-tiba mengigau. Tiba-tiba je buat cerpen :( Mungkin aku rindukan kwang soo, Hehehhe. Maafkan aku. Aku menulis saja-saja je.

btw, aku guna lirik mariah carey. 

Enjoy.

_______________________________________________________________________
'I thought you were over him?"

Senyap. Soalan Kwang soo tidak terus aku jawab. Aku memandang ke luar tingkap yang kosong. Kwang soo masih setia duduk di sebelah. Tangannya sibuk menekan alat kawalan jauh. Mukanya agak kelat, tak seperti biasa.

Aku mengangguk perlahan " Ingatkan. But I was wrong. I think I still like him"

Dia mengeluh. Tangannya digenggam kuat, dia menummbuk meja coffee kuat.

"Hara, he has another girl. Kau faham tak?!!"

Jerkahan Kwang soo membuatkan aku bagai tersedar dari lamunan. Ya, aku tahu. Tapi aku tak boleh senang-senang nak lupakan dia.

He's still will be part of my life. Forever.

Kwang soo bangun. Matanya menatap wajah aku yang kusam. Dia tersenyum kecil. Hampir tidak kelihatan anak matanya, mata kwang soo akan tenggelam apabila dia senyum.

"Aku nak balik. If you need anything, call me. I'll be your shoulder as always and forever"

Aku diam. Tapi aku mengangguk perlahan.

Ya aku pasti aku akan perlukan dia.

----

Taman Spinning penuh dengan pelbagai kerenah manusia. Di bangku panjang, kelihatan sepasang kekasih yang sedang melakukan aktiviti dengan sangat gembira. Langsung tidak mempedulikan kehadiran orang yang lalu lalang di sekeliling mereka.

They're so into themselves.

Di luar sedar, aku merenung mereka tajam. Ya, lelaki tersebut nampak santai dengan gaya kasualnya manakala gadis yang ada disisinya nampak comel dengan dress pendek bercorak bunga. Sama cantik sama padan.

Mereka berdua menoleh ke arah aku. Pandangan mata kami bertemu. Kaku. Badan aku terasa kaku untuk beberapa saat. Gadis tersebut tersenyum ke arah aku. Selepas itu mereka terus berlalu pergi dari situ.

It's him.

Hati aku menjadi sakit. Dia. Badan aku terasa lemah dan tidak berdaya. Rasa macam dilanggar lori dan digilis dengan kuat.

Oh tuhan. Kuatkan hati aku. Aku tak sangka aku akan berjumpa dengan dia lagi.. Selepas peristiwa yang memalukan itu.

Peristiwa itu. Memalukan untuk diingati... tapi apabila diingat semula aku rasa geram. Marah.

"Saya suka awak"

Senyap. Tiada balasan daripada dia.

"Kenapa? Tell me a reason why do you like me?"

" I like you for no reason. I just like you"

"Then I have to say that I do not like you.  I just don't like you" Gary tersenyum sinis. 

Dia melangkah pergi " I'll never be with anybody else... I have her" langkahnya dilajukan menuju ke arah gadis yang sudah menunggunya di hujung cafe. Soraya. 

Terasa hujung mataku sudah basah. Ya, basah dengan air mata. Aku memang lemah. Aku tak kan pernah terima hakikat yang aku sudah direject terang-terangan.

Bahu terasa seperti dicuit. Aku menoleh perlahan... kwang soo.

Ah, dia memang ada di saat aku perlukan dia.

" Macam mana kau tahu aku ada kat sini?" 

Wajahnya kosong tanpa senyuman, tidak seperti selalu. Dia menghelakan nafas berat.

" Kau tahu tak yang kau ni bodoh?" ujarnya tiba-tiba. Tiada nada marah dalam suaranya.

Aku menggeleng.. Menafikan apa yang dia katakan.

Aku tak bodoh. Langsung tidak.

" Ya kau bodoh " suaranya ditekankan sedikit kuat.

Mata aku memandang sekeliling.. kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang kejar-mengejar antara satu sama lain. Ahhh.. alangkah bahagianya mereka. Tidak perlu memikirkan tentang orang lain, boleh buat sesuka hati saja.

Dia menarik lengan aku dengan kuat. Sakit. Wajahnya yang sedikit pucat itu aku pandang. Dia kelihatan sakit..

"Kau sakit?"

Senyap. Soalan aku dibiarkan sahaja.. tangannya masih tidak melepaskan lengan aku.

"Kau biarkan diri kau tak bahagia semata-mata untuk lelaki bodoh yang tidak tahu menghargai kau.Kau sakitkan hati kau sendiri. Kau biarkan hati kau terluka..sedangkan kau boleh bahagia. You deserve to be happy"

Tak. Kau tak faham Kwang Soo bukan senang nak lupakan seseorang yang kau suka. Kau tak faham apa yang aku rasa. You'll never understand me.


" Don't think that I don't understand you, because I do" sambungnya lagi.

Aku juga bangun dari duduk. Aku tak nak bersedih lagi. I just want to be happy.

" Then, teach me how to be happy"

Aku pandang dia. Dia mengangguk.

Ya dia berjanji akan ajar aku untuk jadi happy. Aku percaya dengan dia.. selalunya apa yang dia kata selalunya betul. Kalau lah dia kata bumi ini berbentuk segi empat pun aku percaya. Dia memang betul.

---------

Terasa seperti badan aku digoncang kuat. Huh, tsunami melanda? Mata yang masih tertutup rapat dibuka perlahan. Kelihatan seorang lelaki di depan aku. Mungkin aku bermimpi. Iphone yang berada di sebelah dicapai. Ah, baru pukul 9.00 pagi.

Mata digosok-gosok. Aku memandang lelaki tersebut yang sudah tersenyum di depan aku. Kwang soo.

"Kau nak apa? Pagi lagi ni" aku mengeluh.

Dan ya, kenapa dia perlu menganggu aku di pagi sabtu ini. Aku perlukan tidur yang secukupnya.

" Kau dah lupa? Aku janji nak ajar kau jadi gembira"

Dahi aku tepuk kuat. Aku tersengih menampakkan gigi arnab aku.


----

UWEKKK

Ahhh aku muntah buat kali ketiga. Kepala aku masih lagi seperti berada di awangan akibat roller coaster tadi. Aku pandang kwang soo yang sudah ketawa. Sakit hati aku dibuatnya. Dia yang beria-beria mahu melakukan terapi kononnya how-to-be-happy-with-kwang-soo.Aku ke taman tema pun kerana dia yang beria-ria dia mahu mengembirakan aku.

Kononnya.Tapi aku terasa seperti berada di neraka. Terseksa.

"Aku nak balik" ujarku tegas. Aku tak nak terseksa dengan pelbagai jenis permainan yang mengerikan." Ini bukan menghappykan tapi menggerikan aku" sambung aku lagi.

Dia tersengih " Sure. Tapi esok hari kedua. Kita ada aktiviti lain. Seperti yang kau sendiri setuju"

Oh damn. Aku terperangkap.

---

Hari kedua memang menggembirakan aku. Sebabnya mudah.. misi jalan-jalan cari makan. Aku memang sukakan makanan.

Aku bersandar di kerusi tersebut. Wajah kwang soo aku renung perlahan. Kacak. Dia memang kacak dan dapat mencairkan beratus gadis. Tapi dia memilih untuk single.

Aku ingat lagi.. dia kata dia akan terus single sebab crushnya.

"Kau suka siapa,kwang soo? bagitahulah aku. Aku bagitahu siapa yang aku suka tapi kau?" Aku terus mendesak dia.

"Tak ada gunanya kalau aku bagitahu siapa yang aku suka. Aku bukannya akan dapat dia pun"

"So kau suka aku je lah, kan senang? hahahhahaha" 

Wajahnya bertukar merah. Dia hanya ketawa. Aku turut ketawa. 

"Kau bukannya suka aku pun" Nadanya bertukar sedih.

Aku memandang dia " Tahu takpe"

Wajahnya sekali lagi bertukar muram. Dia senyap sahaja. Mungkin orang yang dia minat tu sudah berpunya kot.

"Eh kita nak makan apa lagi?" Tanya Kwang soo ceria.

Aku suka dia apabila dia ceria. Dia nampak berkali-kali lebih kacak. Ohhh, aku memang sukakan wajah dia.

Aku mengangkat kening " Ice cream?"

"Vanilla?"

"Aah"

Dia bangun menuju ke arah gerai yang menjual ice cream yang berada tidak selang 10 langkah dari tempat kami duduk. Dia kembali dengan dua cup ice cream beperisa vanilla.

" You're such a good partner"

Dia senyum. Suka mendengar pujian aku.....

" Aku mungkin tak dapat teruskan sesi kita" Dia terhenti.. matanya cuba memandang mata aku. Wajah kami bertemu. "Aku ada hal yang tak boleh dielakkan."

Tangannya menghulurkan satu sampul surat yang berwarna putih itu ke arah aku. Tidak tebal, nipis sahaja.

" Tu, kau bukak a week after this day."

A week after this day? Kenapa bukan sekarang je?

" Tak boleh bukak sekarang. Hara, ini amanah. Kau tak boleh mungkiri amanah"

Serius. Dia sangat serius.

" Ok" Aku menganggguk lemah.

Siapa nak temankan aku lagi lepas ni? Kwang soo dah tak ada sekejap lepas ni? cuti masih panjang? terpaksalah aku duduk di rumah.

------

Sudah lima hari sejak aku mendengar berita daripada kwang soo. Dia langsung tak update status di facebook ataupun twitter.

Tangan sibuk mengacau air milo di dalam gelas.

Kringgg kringgg

Bunyi telefon bimbit menganggu perhatian aku. Telefon yang berada di atas meja tu, aku capai malas. Langsung tak melihat siapa pemanggil.

" Err, hello" Suara di hujung talian menyapa

"Hello, siapa ni?"

"Awak Hara?"

"Ya saya"

Pandangan aku masih melekat di skrin tv.. melihat big bang membuat persembahan sungguh mengujakan aku. Oh G-dragon sangat comel.

" Saya Ieyeen. Saya sepupu Kwang soo" katanya perlahan, suaranya sedikir serak.

Oh. Sepupu? kenapa dia perlu menelefon aku? apa yang dah jadi dengan kwang soo.

Hati aku tiba-tiba berdegup dengan pantas. Mengalahkan masa larian Usain Bolt.

" Dia..." kata-kata Ieyeen sudah mati.. yang dengar hanyalah esak tangisan gadis tersebut.

"Kenapa? Apa yang dah jadi dengan dia?" tanpa sedar aku sudah menengking dia.

Aku menarik nafas panjang. Gusar. Risau.

" Dia dah meninggal. Pembedahan jantung dia tidak berjaya. Dia ada sampaikan pesanan kepada aku, untuk ingatkan kau tentang surat tu. Dia nak kau tepati janji dia......."

Telefon yang aku pegang sudah jatuh. Pecah berkecai skrin iphone tu. Kwang soo, meninggal? Baru minggu lepas aku jumpa dia.. bersama-sama dengan dia. Dia mengadakan sesi how-to-happy-with-kwang-soo.

Aku kelu. Air mataku turun dengan laju. Hati ku terasa sakit. Lebih sakit daripada apa yang aku rasa selepas ditolak oleh Gary. Sakitnya lebih dalam dan tak terkata.

Aku tak tahu kenapa aku rasa kesepian... aku terasa betul-betul bersendirian... Air mata ku tun dengan begitu lebat tanpa dapat ditahan langsung.

Mama yang muncul entah dari mana memeluk aku. Aku membalas pelukan mama erat.

" Ma, he's gone"

Aku menangis lagi.

Rambut aku diusap-usap lembut oleh mama. Aku menangis dalam dakapan mama.

"Mama... he left me. After he promised  how to teach me to be happy. How can I be happy?"

Esakan aku terus menjadi-jadi. Mama mengangguk-angguk " Hara, kena jadi happy macam yang kwang soo ajar. He didn't teach you to be sad right?"


Aku mengangguk lemah. Aku lena dalam pelukan mama.

----------
Tapak perkuburan aku tinggalkan dengan penuh rasa sedih. Kecewa. Tapi aku sedar yang aku tak perlu raa macam ni. Setiap manusia akan pergi meninggalkan dunia ni. Aku bukan tak boleh menerima hakikat.
Aku cuma terkilan sebab dia tak berkongsi masalah dengan aku. Sedangkan aku banyak menyusahkan dia dengan masalah aku.

Sampul surat berwarna putih yang aku genggam erat aku buka. Hari ni sudah seminggu selepas dia bagi aku surat tu. Kwang soo, aku tak lupa janji aku kepada kau.

Aku buka perlahan-lahan. Tulisan tangannya menyapa mataku. Aku berasa sebak apabila melihat segala perkara yang berkaitan dengan dia.

Hi. Hara. Kau mesti tengah baca surat aku ni kan? Aku baik-baik saja cuma mungkin masa kau baca ni aku masih kat hospital untuk rawatan susulan atau aku sudah mati. Hehehehe.
Aku takut sebenarnya, aku terpaksa rahsiakan keadaan aku daripada kau sebab aku taknak kau risaukan aku. Sebab aku sendiri ada bagitahu kau kan yang kau deserve to be happy. Jadi untuk kebaikan kau aku rasa tak perlulah kau tahu pasal aku.

Anyway,  kau ingat tak kau ada tanya aku siapa yang aku suka.. Sebenarnya aku sukakan kau.. Cuma aku takut nak bagitahu kau.. Yelah, aku tak sama macam Gary. Aku sukakan kau sejak dulu lagi tapi aku taknak rosakkan friendship kita.

Let's not talk about that. Aku malu sebenarnya. Aku rasa sakit sangat bila tengok kau sedih. Aku nak kau sentiasa happy macam dulu-dulu.

Aku nak kau sentiasa happy dan ceria. Kalau kau sedih aku pun sedih :(

Dan buat kesekian kalinya aku menangis lagi. Kalau lah dia masih ada..Kadangkala manusia ni pelik bila seseorang tu dah pergi baru kita rasa kehilangan begitu juga dengan apa yang aku rasa.

Kwang soo, aku suka kau juga.

Sitting in the dark without you
How am I supposed to make it
Through the night
Slowly fall apart without you
Cry away the hours
Till the morning light


Aku tersenyum memandang pelajar baru yang masuk tu. Hehehe, comelnya dia. 

"Hai aku Hara, pelajar lama di sini"  Aku memberanikan dia untuk menyapa lelaki tersebut.

Lelaki tersebut tersenyum, hampir tidak kelihatan anak matanya. Tenggelam dek senyuman dia itu. 

" Kwang soo"

" Nice to meet you Kwang soo. Let's be friend" Aku mengajak dia. 

Dia mengangguk penuh semangat " Aku kawan dengan semua orang"


Kwang soo, aku takkan lupa kau.

" Rest In Peace, Kwang Soo" 




p/s: kamsahamida for reading! Inspired by Running Man :)