Friday, January 11, 2013

Kenangan (cerpen)

Oh ok. Aku tak tahu apa yang aku tiba-tiba mengigau. Tiba-tiba je buat cerpen :( Mungkin aku rindukan kwang soo, Hehehhe. Maafkan aku. Aku menulis saja-saja je.

btw, aku guna lirik mariah carey. 

Enjoy.

_______________________________________________________________________
'I thought you were over him?"

Senyap. Soalan Kwang soo tidak terus aku jawab. Aku memandang ke luar tingkap yang kosong. Kwang soo masih setia duduk di sebelah. Tangannya sibuk menekan alat kawalan jauh. Mukanya agak kelat, tak seperti biasa.

Aku mengangguk perlahan " Ingatkan. But I was wrong. I think I still like him"

Dia mengeluh. Tangannya digenggam kuat, dia menummbuk meja coffee kuat.

"Hara, he has another girl. Kau faham tak?!!"

Jerkahan Kwang soo membuatkan aku bagai tersedar dari lamunan. Ya, aku tahu. Tapi aku tak boleh senang-senang nak lupakan dia.

He's still will be part of my life. Forever.

Kwang soo bangun. Matanya menatap wajah aku yang kusam. Dia tersenyum kecil. Hampir tidak kelihatan anak matanya, mata kwang soo akan tenggelam apabila dia senyum.

"Aku nak balik. If you need anything, call me. I'll be your shoulder as always and forever"

Aku diam. Tapi aku mengangguk perlahan.

Ya aku pasti aku akan perlukan dia.

----

Taman Spinning penuh dengan pelbagai kerenah manusia. Di bangku panjang, kelihatan sepasang kekasih yang sedang melakukan aktiviti dengan sangat gembira. Langsung tidak mempedulikan kehadiran orang yang lalu lalang di sekeliling mereka.

They're so into themselves.

Di luar sedar, aku merenung mereka tajam. Ya, lelaki tersebut nampak santai dengan gaya kasualnya manakala gadis yang ada disisinya nampak comel dengan dress pendek bercorak bunga. Sama cantik sama padan.

Mereka berdua menoleh ke arah aku. Pandangan mata kami bertemu. Kaku. Badan aku terasa kaku untuk beberapa saat. Gadis tersebut tersenyum ke arah aku. Selepas itu mereka terus berlalu pergi dari situ.

It's him.

Hati aku menjadi sakit. Dia. Badan aku terasa lemah dan tidak berdaya. Rasa macam dilanggar lori dan digilis dengan kuat.

Oh tuhan. Kuatkan hati aku. Aku tak sangka aku akan berjumpa dengan dia lagi.. Selepas peristiwa yang memalukan itu.

Peristiwa itu. Memalukan untuk diingati... tapi apabila diingat semula aku rasa geram. Marah.

"Saya suka awak"

Senyap. Tiada balasan daripada dia.

"Kenapa? Tell me a reason why do you like me?"

" I like you for no reason. I just like you"

"Then I have to say that I do not like you.  I just don't like you" Gary tersenyum sinis. 

Dia melangkah pergi " I'll never be with anybody else... I have her" langkahnya dilajukan menuju ke arah gadis yang sudah menunggunya di hujung cafe. Soraya. 

Terasa hujung mataku sudah basah. Ya, basah dengan air mata. Aku memang lemah. Aku tak kan pernah terima hakikat yang aku sudah direject terang-terangan.

Bahu terasa seperti dicuit. Aku menoleh perlahan... kwang soo.

Ah, dia memang ada di saat aku perlukan dia.

" Macam mana kau tahu aku ada kat sini?" 

Wajahnya kosong tanpa senyuman, tidak seperti selalu. Dia menghelakan nafas berat.

" Kau tahu tak yang kau ni bodoh?" ujarnya tiba-tiba. Tiada nada marah dalam suaranya.

Aku menggeleng.. Menafikan apa yang dia katakan.

Aku tak bodoh. Langsung tidak.

" Ya kau bodoh " suaranya ditekankan sedikit kuat.

Mata aku memandang sekeliling.. kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang kejar-mengejar antara satu sama lain. Ahhh.. alangkah bahagianya mereka. Tidak perlu memikirkan tentang orang lain, boleh buat sesuka hati saja.

Dia menarik lengan aku dengan kuat. Sakit. Wajahnya yang sedikit pucat itu aku pandang. Dia kelihatan sakit..

"Kau sakit?"

Senyap. Soalan aku dibiarkan sahaja.. tangannya masih tidak melepaskan lengan aku.

"Kau biarkan diri kau tak bahagia semata-mata untuk lelaki bodoh yang tidak tahu menghargai kau.Kau sakitkan hati kau sendiri. Kau biarkan hati kau terluka..sedangkan kau boleh bahagia. You deserve to be happy"

Tak. Kau tak faham Kwang Soo bukan senang nak lupakan seseorang yang kau suka. Kau tak faham apa yang aku rasa. You'll never understand me.


" Don't think that I don't understand you, because I do" sambungnya lagi.

Aku juga bangun dari duduk. Aku tak nak bersedih lagi. I just want to be happy.

" Then, teach me how to be happy"

Aku pandang dia. Dia mengangguk.

Ya dia berjanji akan ajar aku untuk jadi happy. Aku percaya dengan dia.. selalunya apa yang dia kata selalunya betul. Kalau lah dia kata bumi ini berbentuk segi empat pun aku percaya. Dia memang betul.

---------

Terasa seperti badan aku digoncang kuat. Huh, tsunami melanda? Mata yang masih tertutup rapat dibuka perlahan. Kelihatan seorang lelaki di depan aku. Mungkin aku bermimpi. Iphone yang berada di sebelah dicapai. Ah, baru pukul 9.00 pagi.

Mata digosok-gosok. Aku memandang lelaki tersebut yang sudah tersenyum di depan aku. Kwang soo.

"Kau nak apa? Pagi lagi ni" aku mengeluh.

Dan ya, kenapa dia perlu menganggu aku di pagi sabtu ini. Aku perlukan tidur yang secukupnya.

" Kau dah lupa? Aku janji nak ajar kau jadi gembira"

Dahi aku tepuk kuat. Aku tersengih menampakkan gigi arnab aku.


----

UWEKKK

Ahhh aku muntah buat kali ketiga. Kepala aku masih lagi seperti berada di awangan akibat roller coaster tadi. Aku pandang kwang soo yang sudah ketawa. Sakit hati aku dibuatnya. Dia yang beria-beria mahu melakukan terapi kononnya how-to-be-happy-with-kwang-soo.Aku ke taman tema pun kerana dia yang beria-ria dia mahu mengembirakan aku.

Kononnya.Tapi aku terasa seperti berada di neraka. Terseksa.

"Aku nak balik" ujarku tegas. Aku tak nak terseksa dengan pelbagai jenis permainan yang mengerikan." Ini bukan menghappykan tapi menggerikan aku" sambung aku lagi.

Dia tersengih " Sure. Tapi esok hari kedua. Kita ada aktiviti lain. Seperti yang kau sendiri setuju"

Oh damn. Aku terperangkap.

---

Hari kedua memang menggembirakan aku. Sebabnya mudah.. misi jalan-jalan cari makan. Aku memang sukakan makanan.

Aku bersandar di kerusi tersebut. Wajah kwang soo aku renung perlahan. Kacak. Dia memang kacak dan dapat mencairkan beratus gadis. Tapi dia memilih untuk single.

Aku ingat lagi.. dia kata dia akan terus single sebab crushnya.

"Kau suka siapa,kwang soo? bagitahulah aku. Aku bagitahu siapa yang aku suka tapi kau?" Aku terus mendesak dia.

"Tak ada gunanya kalau aku bagitahu siapa yang aku suka. Aku bukannya akan dapat dia pun"

"So kau suka aku je lah, kan senang? hahahhahaha" 

Wajahnya bertukar merah. Dia hanya ketawa. Aku turut ketawa. 

"Kau bukannya suka aku pun" Nadanya bertukar sedih.

Aku memandang dia " Tahu takpe"

Wajahnya sekali lagi bertukar muram. Dia senyap sahaja. Mungkin orang yang dia minat tu sudah berpunya kot.

"Eh kita nak makan apa lagi?" Tanya Kwang soo ceria.

Aku suka dia apabila dia ceria. Dia nampak berkali-kali lebih kacak. Ohhh, aku memang sukakan wajah dia.

Aku mengangkat kening " Ice cream?"

"Vanilla?"

"Aah"

Dia bangun menuju ke arah gerai yang menjual ice cream yang berada tidak selang 10 langkah dari tempat kami duduk. Dia kembali dengan dua cup ice cream beperisa vanilla.

" You're such a good partner"

Dia senyum. Suka mendengar pujian aku.....

" Aku mungkin tak dapat teruskan sesi kita" Dia terhenti.. matanya cuba memandang mata aku. Wajah kami bertemu. "Aku ada hal yang tak boleh dielakkan."

Tangannya menghulurkan satu sampul surat yang berwarna putih itu ke arah aku. Tidak tebal, nipis sahaja.

" Tu, kau bukak a week after this day."

A week after this day? Kenapa bukan sekarang je?

" Tak boleh bukak sekarang. Hara, ini amanah. Kau tak boleh mungkiri amanah"

Serius. Dia sangat serius.

" Ok" Aku menganggguk lemah.

Siapa nak temankan aku lagi lepas ni? Kwang soo dah tak ada sekejap lepas ni? cuti masih panjang? terpaksalah aku duduk di rumah.

------

Sudah lima hari sejak aku mendengar berita daripada kwang soo. Dia langsung tak update status di facebook ataupun twitter.

Tangan sibuk mengacau air milo di dalam gelas.

Kringgg kringgg

Bunyi telefon bimbit menganggu perhatian aku. Telefon yang berada di atas meja tu, aku capai malas. Langsung tak melihat siapa pemanggil.

" Err, hello" Suara di hujung talian menyapa

"Hello, siapa ni?"

"Awak Hara?"

"Ya saya"

Pandangan aku masih melekat di skrin tv.. melihat big bang membuat persembahan sungguh mengujakan aku. Oh G-dragon sangat comel.

" Saya Ieyeen. Saya sepupu Kwang soo" katanya perlahan, suaranya sedikir serak.

Oh. Sepupu? kenapa dia perlu menelefon aku? apa yang dah jadi dengan kwang soo.

Hati aku tiba-tiba berdegup dengan pantas. Mengalahkan masa larian Usain Bolt.

" Dia..." kata-kata Ieyeen sudah mati.. yang dengar hanyalah esak tangisan gadis tersebut.

"Kenapa? Apa yang dah jadi dengan dia?" tanpa sedar aku sudah menengking dia.

Aku menarik nafas panjang. Gusar. Risau.

" Dia dah meninggal. Pembedahan jantung dia tidak berjaya. Dia ada sampaikan pesanan kepada aku, untuk ingatkan kau tentang surat tu. Dia nak kau tepati janji dia......."

Telefon yang aku pegang sudah jatuh. Pecah berkecai skrin iphone tu. Kwang soo, meninggal? Baru minggu lepas aku jumpa dia.. bersama-sama dengan dia. Dia mengadakan sesi how-to-happy-with-kwang-soo.

Aku kelu. Air mataku turun dengan laju. Hati ku terasa sakit. Lebih sakit daripada apa yang aku rasa selepas ditolak oleh Gary. Sakitnya lebih dalam dan tak terkata.

Aku tak tahu kenapa aku rasa kesepian... aku terasa betul-betul bersendirian... Air mata ku tun dengan begitu lebat tanpa dapat ditahan langsung.

Mama yang muncul entah dari mana memeluk aku. Aku membalas pelukan mama erat.

" Ma, he's gone"

Aku menangis lagi.

Rambut aku diusap-usap lembut oleh mama. Aku menangis dalam dakapan mama.

"Mama... he left me. After he promised  how to teach me to be happy. How can I be happy?"

Esakan aku terus menjadi-jadi. Mama mengangguk-angguk " Hara, kena jadi happy macam yang kwang soo ajar. He didn't teach you to be sad right?"


Aku mengangguk lemah. Aku lena dalam pelukan mama.

----------
Tapak perkuburan aku tinggalkan dengan penuh rasa sedih. Kecewa. Tapi aku sedar yang aku tak perlu raa macam ni. Setiap manusia akan pergi meninggalkan dunia ni. Aku bukan tak boleh menerima hakikat.
Aku cuma terkilan sebab dia tak berkongsi masalah dengan aku. Sedangkan aku banyak menyusahkan dia dengan masalah aku.

Sampul surat berwarna putih yang aku genggam erat aku buka. Hari ni sudah seminggu selepas dia bagi aku surat tu. Kwang soo, aku tak lupa janji aku kepada kau.

Aku buka perlahan-lahan. Tulisan tangannya menyapa mataku. Aku berasa sebak apabila melihat segala perkara yang berkaitan dengan dia.

Hi. Hara. Kau mesti tengah baca surat aku ni kan? Aku baik-baik saja cuma mungkin masa kau baca ni aku masih kat hospital untuk rawatan susulan atau aku sudah mati. Hehehehe.
Aku takut sebenarnya, aku terpaksa rahsiakan keadaan aku daripada kau sebab aku taknak kau risaukan aku. Sebab aku sendiri ada bagitahu kau kan yang kau deserve to be happy. Jadi untuk kebaikan kau aku rasa tak perlulah kau tahu pasal aku.

Anyway,  kau ingat tak kau ada tanya aku siapa yang aku suka.. Sebenarnya aku sukakan kau.. Cuma aku takut nak bagitahu kau.. Yelah, aku tak sama macam Gary. Aku sukakan kau sejak dulu lagi tapi aku taknak rosakkan friendship kita.

Let's not talk about that. Aku malu sebenarnya. Aku rasa sakit sangat bila tengok kau sedih. Aku nak kau sentiasa happy macam dulu-dulu.

Aku nak kau sentiasa happy dan ceria. Kalau kau sedih aku pun sedih :(

Dan buat kesekian kalinya aku menangis lagi. Kalau lah dia masih ada..Kadangkala manusia ni pelik bila seseorang tu dah pergi baru kita rasa kehilangan begitu juga dengan apa yang aku rasa.

Kwang soo, aku suka kau juga.

Sitting in the dark without you
How am I supposed to make it
Through the night
Slowly fall apart without you
Cry away the hours
Till the morning light


Aku tersenyum memandang pelajar baru yang masuk tu. Hehehe, comelnya dia. 

"Hai aku Hara, pelajar lama di sini"  Aku memberanikan dia untuk menyapa lelaki tersebut.

Lelaki tersebut tersenyum, hampir tidak kelihatan anak matanya. Tenggelam dek senyuman dia itu. 

" Kwang soo"

" Nice to meet you Kwang soo. Let's be friend" Aku mengajak dia. 

Dia mengangguk penuh semangat " Aku kawan dengan semua orang"


Kwang soo, aku takkan lupa kau.

" Rest In Peace, Kwang Soo" 




p/s: kamsahamida for reading! Inspired by Running Man :)

1 comment:

Anonymous said...

Best 😃😃 i like!